Pendahuluan
Shalat lima waktu sehari semalam
yang Allah syariatkan untuk menjadi sarana interaksi antara Allah
dengan seorang muslim dimana ia bermunajat dan berdoa kepada-Nya. Juga
untuk menjadi sarana pencegah bagi seorang muslim dari perbuatan keji
dan mungkar sehingga ia memperoleh kedamaian jiwa dan badan yang dapat
membahagiakannya di dunia dan akhirat.
Allah mensyariatkan dalam Shalat, suci badan, pakaian, dan tempat
yang digunakan untuk Shalat. Maka seorang muslim membersihkan diri
dengan air suci dari semua barang najis seperti air kecil dan besar
dalam rangka menyucikan badannya dari najis lahir dan hatinya dari najis
batin.
Shalat
merupakan tiang agama. Ia sebagai rukun terpenting Islam setelah dua
kalimat syahadat. Seorang muslim wajib memeliharanya semenjak usia
baligh (dewasa) hingga mati. Ia wajib memerintahkannya kepada keluarga
dan anak-anaknya semenjak usia tujuh tahun dalam rangka membiasakannya.
Allah ta’ala berfirman :
- "Sesungguhnya Shalat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman (An Nisa: 103)
Shalat wajib bagi seorang muslim dalam kondisi apapun hingga pada
kondisi ketakutan dan sakit. Ia menjalankan Shalatsesuai kemampuannya
baik dalam keadaan berdiri, duduk maupun berbaring hingga sekalipun
tidak mampu kecuali sekedar dengan isyarat mata atau hatinya maka ia
boleh Shalatdengan isyarat. Rasul mengkhabarkan bahwa orang yang
meninggalkan Shalatitu bukanlah seorang muslim entah laki atau
perempuan. Ia bersabda :
"“Perjanjian antara kami dengan mereka adalah Shalat. Siapa yang meninggalkannya berarti telah kafir” Hadits shohih
Waktu-waktu solat
Solat Zohor
Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di
saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.
iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Solat Asar
Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan
sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah
terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah
Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut
ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang
ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah
SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Solat Maghrib
Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega
merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib
ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari
kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat
kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Solat Isyak
Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar
shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa
a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar
dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Solat Subuh
Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Syarat wajib solat:
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
- Syarat sah solat:
- Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
- Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
- Menutup aurat.
- Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
- Yakin masuk waktu solat.
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
- Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
- Makan/minum walau sedikit.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
- Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
- Meninggalkan rukun solat.
- Murtad
Rukun Solat
- Niat.
- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
- Berdiri bagi yang mampu.
- Membaca surah Al-fatihah.
- Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
- Iktidal dengan tama’ninah.
- Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
- Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.
- Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
- Duduk dalam Tasyahhud akhir.
- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
- Membaca salam.
- Tertib.
Pada
mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan
sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar
sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran
dibacakan.).
Perkara-perkara sunat semasa solat
Sunat Hai’ah
Sunat Ab’adh
Perkara-perkara makruh semasa solat
Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak qadha’ hajat (membuang air).
Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.
Persediaan sebelum menunaikan solat
Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Berwuduk.
Duduk
di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil
berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada
waktu yang terluang).
Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat
Selepas
memberi salam,digalakkan untuk duduk
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada
waktu yang terluang).
Membaca Al-Quran
Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.
sumber : id.wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar